Monday 7 March 2011

CTU 551

TAJUK:KEHIDUPAN SEORANG MUALLAF
DISEDIAKAN OLEH:NOOR SHAZILA BT ZAINOL
DISEDIAKAN UNTUK:USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN

PROGRAM:IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN     PERNIAGAAN(KEPUJIAN)(KEWANGAN)
TARIKH SERAH:3/3/2011
TARIKH BENTANG:24/2/2011
No.
          Isi Kandungan
Muka Surat
1
    Pendahuluan
3
2
    Latar Belakang
4
3
    Kehidupan Semasa
*Sebelum Berkahwin(sebelum1987)
*Selepas berkahwin(selepas 1987)
4,5,6,7

4
    Faktor-Faktor Islam Dipilih Sebagai Pegangan Hidup  

7,8
5
  Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
*Harian
*Mingguan
*Bulanan
8,9
6
   Pengalaman Pahit dan Manis
*sebelum memeluk islam
*selepas memeluk islam
9,10
7
Cabaran-cabaran sebagai seorang Mualaf& Langkah untuk Mengatasinya
10,11
8
Pandangan dan Harapan
11
9
Kesimpulan
11
10
  Rujukan
12



1-PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah SWT  saya panjatkan kepada Ilahi di atas anugerahNya ini.Berbekalkan hidayah,kudrat dan nikmat serta pertolonganNya,kerja khusus ini akhirnya selesai dan di’publishkan’ di blog Ustaz Abdul Aziz Harjin.Seiring itu didoakan “Ya Allah, kerja khusus ini saya niatkan sebagai ibadah kepadaMu.Untuk itu saya memohon reda dan cintaMu.Jadikanlah kerja khusus ini bermanfaat bagi orang-orang yang memperoleh petunjukMu dan sebagai tanda terima kasih kepada ibu & keluarga saya dan sekalian rakan-rakan yang banyak membantu dan tidak dilupakan juga pensyarah-pensyarah yang telah banyak membantu,mendidik dan membimbing kami.
Kerja khusus ini mengupas kehidupan seorang mualaf sebelum dan selepas beliau memeluk Islam.Ia turut disertai dengan pelbagai faktor yang menarik beliau untuk memeluk Islam,peristiwa penting,kehidupan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga,aktiviti-aktiviti harian dan mingguan,cabaran-cabaran  yang dihadapi serta langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi pelbagai masalah yang timbul.Oleh itu,saya telah menemuramah seorang mualaf yang berketurunan Foochow di Taman Orkid,Pendang,Kedah Darul Aman.








2-LATAR BELAKANG

   
       
NAMA:MUHAMMAD KOH BIN ABDULLAH(PETER KOH PITEK)
UMUR:52 TAHUN
KETURUNAN: CHINESE FOOCHOW
NAMA ISTERI:RAHMAH BT NASIR
UMUR:51 TAHUN
NAMA ANAK:a)MUHAMMAD NAZIRUN B MUHAMMAD KOH
                         b)AFIQAH BT MUHAMMAD KOH
NAMA BAPA:KOH AH TECK
NAMA IBU:JEE SOW CHAN
PENDIDIKAN:
a)RENDAH:S K BANDAR HILIR,MELAKA
b)MENENGAH:MALACCA HIGH SCHOOL
c)DIPLOMA:MAKTAB PERGURUAN BUKIT RAKIT,TERENGGANU
d)DIPLOMA LANJUTAN:ESL(ENGLISH AS A SECONG LANGUAGE) DI UM
e)IJAZAH:TESL DI UPM
ALAMAT:NO 11,JLN ORKID 2,TMN ORKID 06700 PENDANG,KEDAH DARUL AMAN
TUGASAN:SEORANG PENDIDIK  DI SMK PENDANG,KEDAH.




3-1 KEHIDUPAN SEBELUM BERKAHWIN

Beliau merupakan penganut agama Buddhist.Setiap minggu beliau bersama keluarga akan ke Tokong di Durian Daun,Melaka untuk menjalankan aktiviti  penyembahan di tokong tersebut.Beliau ke sana hanya mengikut kehendak keluarga.Namun sejak awal lagi beliau tiada perasaan dalam aktiviti  penyembahan tersebut.Beliau berkata lagi beliau ke tokong tersebut hanya sekadar untuk bersiar-siar bersama keluarga.Mengikut beliau lagi,kehidupan sebagai seorang yang beragama Buddhist tidak dapat mententeramkan beliau dan beliau merasakan tidak selamat dalam kehidupannya pada waktu itu.

a)Bagaimana boleh tertarik dengan Islam?

Pada tahun 1983,beliau telah  Berjaya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Bukit Rakit selama tiga tahun.Pada tahun pertama,beliau bersama kawan-kawan lain diwajibkan mengambil kertas wajib iaitu Pendidikan Moral bagi menggantikan kertas  Pendidikan Islam yang diambil oleh pelajar Islam.Namun,beliau tetap  memilih Pendidikan Islam sebagai kertas pilihan pada semester tersebut.Beliau mengatakan bahawa beliau sudah bosan mempelajari pelajaran Moral dan beliau ingin  mencuba benda baharu.Sifat ustaz yang ‘open-minded’ yang sentiasa memberikan tugasan yang mudah kepada beliau dan rakan-rakan lain memberikan peluang yang baik untuk mendapatkan ilmu berkaitan dengan islam.

Selain itu,beliau juga turut menyertai Persatuan Guru Pelatih Islam(PGPI).Beliau juga turut mengaktifkan  diri dengan menyertai pelbagai aktiviti di dalam persatuan tersebut.Beliau turut mendapatkan galakan tentang ilmu islam daripada rakan-rakan.Mereka  turut menghadiahkan beliau buku-buku berkaitan dengan agama islam terutamanya hasil nukilan daripada Yusoff Al-Qardawi.

b)Penciptaan Langit dan Bumi

Pada suatu malam beliau telah keluar bersama rakan-rakan di salah sebuah pantai di sekitar Batu Rakit.Rakan-rakan beliau terdiri daripada bangsa India,Cina dan Melayu.Terdetik di hati beliau untuk melihat langit dan bintang di ruang angkasa pada malam tersebut.Beliau mula berfikir tentang kejadian langit dan bumi.Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?.Persoalan ini bermain-main di fikiran beliau.Akhirnya,beliau mengutarakan soalan tersebut kepada rakan-rakannya yang pergi bersamanya pada malam tersebut.Rakannya yang berbangsa India dan Cina tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati beliau.Namun,rakannya yang berbangsa Melayu menyatakan  bahawa kewujudan langit dan bumi memang  terdapat dalam Al-Quran iaitu dalam Surah Al-A’raf ayat 54.Allah berfirman:

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,lalu Dia bersemayam di atas Arasy.Dia menutupkan malam dengan siang yang mengikutinya dengan cepat dan (diciptakanNya pula) matahari,bulan dan bintang-bintang(masing-masing) tunduk kepada perintahNya.Ingatlah, hanya milik Allah urusan menciptakan dan memerintah.Maha Suci Allah,Tuhan Semesta Alam”

Selepas itu,beliau tekad untuk menambahkan ilmu pengetahuan dengan hadis-hadis berkaitan langit dan bumi.Beliau juga dengan tidak sengaja turut terbaca hadis-hadis yang berkaitan dengan keimanan,alam kubur,syurga dan sebagainya.Setelah terbaca tentang seksaan kubur seperti ular yang menggerunkan,bara api dan sebagainya,beliau mulai takut sehinggakan meremang bulu romanya.Beliau mula menginsafi diri.Akhirnya,beliau  berusaha untuk mendapatkan jawapan yang mantap   daripada pelbagai persoalan daripada  dalil yang mantap iaitu tafsir Al-Quran.Di atas rasa ingin tahu tahu yang tinggi, beliau sentiasa menambahkan ilmu tentang islam semasa belajar selama tiga tahun di maktab.

c)Tamat pengajian di Maktab

Selepas tamat pengajian di maktab,beliau berpeluang untuk mengajar di Sekolah Kebangsaan Jeneri,Sik,Kedah.Beliau berulang alik selama setahun dengan menumpang kereta kawannya,Cikgu Hasamuddin.Bapa kepada Cikgu Hasamuddin iaitu Ustaz Hussin merupakan bapa angkat kepada beliau.Ustaz Hussin merupakan Pegawai Kemas.Beliau meluahkan kecintaannya terhadap Islam semasa menyewa rumah di Jeniang,Kedah.

d)Seruan dari Allah SWT

Pada  tahun 1987,beliau telah mendapat petunjuk dari Allah  SWT  untuk memeluk agama  islam.Pada hari yang sama pada waktu siang beliau telah memberitahu tujuannya kepada Cikgu Hasamuddin.Pada malamnya,Cikgu Hasamuddin membawa beliau ke rumah ayahnya,Ustaz Hussin untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.Sebelum itu,Ustaz Hussin telah bertanya dengan lebih mendalam tentang pengislamannya adakah benar ataupun tidak.Beliau akhirnya dapat mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Hussin.Perasaan beliau pada waktu itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu.Setahun selepas memeluk agama islam,akhirnya bertemu jodoh dengan Rahmah Nasir iaitu anak angkat kepada Ustaz Hussin.

3-2KEHIDUPAN SELEPAS BERKAHWIN

Beliau mendirikan rumahtangga pada tahun 1988.Selepas itu,beliau mula belajar muqaddam dimulai dengan Alif,Ba’ dan Ta dan huruf seterusnya bersama dengan isterinya selepas Maghrib dan sebelum  Isya’.Beliau istiqamah dalam mempelajari huruf-huruf Jawi tersebut.Selain itu,beliau turut menghabiskan masa lapang dengan aktiviti  membaca dan  mengunjungi  masjid.Akhirnya,beliau berjaya khatam Al-Quran selepas beberapa tahun selepas itu.

4- FAKTOR-FAKTOR ISLAM DIPILIH SEBAGAI PEGANGAN HIDUP
a)Petunjuk dan Hidayah dari Ilahi
Petunjuk dan hidayah dari Allah SWT yang sebenarnya membawa beliau untuk memeluk agama Islam.Sebelum memeluk agama Islam,beliau pernah di soal oleh seorang rakan yang beragama Kristian,Joseph  tentang kebenaran dan keistimewaan memeluk agama Islam berbanding ajaran Kristian.Peritiwa ini berlaku bagi menarik perhatian beliau untuk memeluk ajaran Kristian semasa beliau sedang menuntut di maktab.Pada masa tersebut “perang saraf” untuk mengembangkan ajaran agama masing-masing berkembang luas.Namun,atas petunjuk dan hidayah dari Allah SWT,beliau tetap memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya.
b)Kelebihan Islam Itu Sendiri
Beliau mengatakan bahawa Islam itu terdapat kelebihan yang tersendiri.Beliau melihat agama lain sama sahaja dari dari sudut pegangan.Contohnya,meminum minuman keras merupakan perkara biasa dalam agama selain islam.Namun dalam Islam hukumnya adalah haram kecuali pada waktu darurat.Beliau mendapati tiada perubahan jika menganut agama selain Islam.Beliau menambah lagi bahawa agama Islam terdapat “add value” yang tersendiri.Beliau mengatakan bahawa Islam itu dapat meyakinkan dirinya lagi apabila wujudnya mukjizat dari Allah SWT iaitu Al-Quran.Setelah menganut agama Islam,beliau merasakan satu kebebasan dan  beliau sentiasa “check and balance” terhadap dirinya melalui ajaran Islam.Beliau menyatakan bahawa kehidupannya selepas memeluk agama Islam menjadi lebih tenteram dan aman.Pendapat beliau turut dipersetujui oleh seorang pak cik dan seorang sepupu yang turut memeluk agama Islam.
c) Tertarik Dengan Kehidupan Islamik  Masyarakat Bukit Rakit,Terengganu
Kehidupan masyarakat yang sentiasa ambil berat terhadap jiran tetangga menarik perhatian beliau untuk memeluk agama islam.Masyarakat di kawasan tersebut sentiasa menghulurkan bantuan kepada beliau dan rakan-rakan sewaktu beliau dan rakan-rakan menyewa di rumah di kampung tersebut.Masyarakat di kawasan tersebut memandang tinggi darjat orang yang berilmu .Walaupun pada awalnya beliau dan rakan-rakan pada masa itu belum memeluk agama Islam.Jiran beliau sentiasa menghantar makanan(tengah hari) kepada  beliau dan rakan-rakan sewaktu bulan puasa.Ini menunjukkan gambaran baik kepada beliau tentang ciri-ciri Islam yang sebenar.


5-Aktiviti-aktiviti yang Dijalankan
a)Harian
Setiap hari  beliau sentiasa menjalankan solat berjemaah sama ada di Masjid Batu Hampar,Kedah atau di Surau Taman Orkid bersama kariah setempat.
b)Mingguan
Beliau sentiasa menyertai kumpulan Jemaah Tabligh pada hujung minggu jika berkesempatan.Kumpulan ini mengamalkan konsep ‘Amar Makhruf Dan Nahi Mungkar’.Kumpulan ini terdiri daripada beberapa kumpulan(sekurang-kurangnya 3 orang) untuk bertemu dan berkongsi pendapat dengan penduduk kampung.Pada asalnya 3 orang sudah memadai bagi menjalankan aktiviti ini iaitu terdiri daripada mahabbah(penunjuk jalan),takallim(ahli) dan amir(ketua). Aktiviti ini selalu dijalankan pada hari Sabtu.Contohnya,beliau dan Jemaah Tabligh ke warung makanan dan minuman di Kg Tempoyak untuk mengajak dan berbincang tentang masalah berkaitan islam(berkaitan solat dsb) oleh penduduk setempat.Pada setiap Rabu,beliau bersama kariah lain sentiasa berkumpul di masjid.Beliau juga turut diundang untuk memberi ceramah ketika sambutan  tertentu dalam bulan-bulan Islam(Maulidur Rasul,Awal Muharam dsb)
c)Bulanan
Beliau mengikuti aktiviti tadarus Al-Quran pada setiap bulan.Beliau dan qariah setempat akan membentuk beberapa kumpulan.Selain itu,beliau juga turut belajar tentang adab-adab tertentu daripada penceramah jemputan.Beliau sentiasa mengamalkan konsep “Belajar Dan Terus Beramal”.Kumpulan itu terdiri daripada pelbagai latar belakang contohnya seperti guru,kontraktor,peniaga,mekanik dan sebagainya.Mereka akan meneruskan aktiviti Tadarus Al Quran jika terdapat sekurang-kurangnya 11 orang.Beliau  dan kariah lain turut mengajak isteri masing-masing untuk malakukan qiyammullail di masjid.Menurut beliau  lagi,rakan-rakannya memainkan peranan yang penting dalam menuntut ilmu Allah ini.Ini disebabkan beliau tidak pernah mengikuti pengajian tentang Islam secara rasmi contohnya anjuran MAIK(Majlis Agama Islam Kedah) atau Perkim.

6-Pengalaman Pahit dan Manis
a)Syahadah Pertama
Setelah mengucap dua kalimah syahadah,beliau tidak dapat menggambar kan lagi perasaannya yang terlalu gembira.Beliau terlalu bersyukur dan merasakan bebanan yang tertanggung selama ini padam sebegitu sahaja.Beliau merasakan kehidupannya lebih tenteram dan aman bahagia.
b)Hari Pertama Puasa
Sebelum bergelar seorang guru,beliau telah membuat  latihan praktikal pada bulan puasa.Jadi,tiada makanan yang disediakan di setiap sekolah ataupun di rumah sewa.Oleh itu,beliau cuba untuk berpuasa selama 10 hari walaupun pada waktu itu  beliau belum lagi memeluk agama islam.Tetapi beliau memang ada niat untuk memeluk agama islam.Selepas memeluk islam,beliau cuba untuk berpuasa selama 30 hari dan akhirnya berjaya berpuasa sehingga 1 Syawal.Namun demikian,beliau mengalami alahan seperti muntah yang teruk dan dimasukkan ke wad.Namun,menurut beliau itu merupakan permulaan yang bagus baginya kerana beliau sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang pertama bersama isteri tercinta.Beliau juga menikmati kenikmatan berpuasa yang sebenar dan mengakui erti sebenar kehidupan tanpa makanan(kebuluran).
c)Solat Pertama
Untuk menunaikan solat buat kali pertama,beliau telah menemui Ustaz Haji Hamzah yang merupakan salah seorang rakan di sekolah rendah(SK Jeneri,Sik)yang sekarang bertugas sebagai pensyarah di UMS.Ustaz Haji Hamzah membimbing beliau dan membawanya ke masjid buat pertama kalinya.Di masjid,ustaz tersebut memberi tunjuk ajar  untuk berwudhu’ dan bacaan dalam solat.Dalam 2 hingga 3 bulan pertama,beliau melakukan perbuatan di dalam solat dahulu tanpa bacaan.Ustaz Haji Hamzah turut memberi buku (Buku Rumi Tentang Solat) bagi proses penghafalan dan mengetahui maksud ayat.Seterusnya, beliau meneruskan penghafalan ayat-ayat lazim sehinggalah waktu beliau untuk berumahtangga.
7-CABARAN-CABARAN SEBAGAI SEORANG MUALLAF& LANGKAH UNTUK MENGATASINYA.
a)Ibu bapa & Adik-Beradik
Pada mulanya ibu bapa & adik beradik susah untuk menerima kenyataan beliau sebagai seorang muallaf.Ibu sentiasa memaki hamun apabila berjumpa.Beliau dan ibunya tidak boleh bertentang mata.Ibunya mengambil masa selama 20 tahun untuk menerima kenyataan tersebut.Bapanya kurang memberi respons.Sebaliknya,beliau mengambil pendekatan yang lembut.Contohnya,beliau sentiasa pulang ke kampung  dan sentiasa salam kedua belah tangan ibu dan bapanya.Beliau juga turut peluk mereka seerat-eratnya badan mereka.Perasaan kasih dan sayang timbul kembali dari ibu dan bapa beliau.Selain itu,beliau juga turut memberi penerangan secara berhikmah kepada mereka. Firman Allah tentang kewajipan untuk mentaati kedua ibu bapa di dalam Al Quran membuatkan beliau berasa takut akan kemurkaan Allah SWT di akhirat kelak.Tambahan lagi,adik –beradik juga turut mempertikaikan golongan orang islam yang tidak memenuhi ciri-ciri islam sepenuhnya kepada beliau.Contohnya,ramai lagi orang islam(wanita) tidak menutup aurat dengan sempurna.Oleh demikian,beliau menjawab setiap persoalan secara  berhikmah.Tambahan lagi,masyarakat turut memandang rendah terhadap beliau.Namun,beliau tetap tabah dan beristiqamah dalam memperjuangkan hak dan agama Allah SWT.
8)PANDANGAN DAN HARAPAN
Beliau berharap lebih ramai lagi golongan yang bergelar muallaf dapat diberi perhatian.Muallaf sewajarnya meneruskan proses untuk menimba ilmu dan sentiasa beristiqamah dalam ajaran Islam.Bukan sahaja bergelar muallaf untuk kehidupan berumahtangga sahaja.Tambahan lagi,orang yang bergelar islam sejak azali perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada orang bukan islam supaya mereka tertarik untuk memeluk agama Allah yang syumul ini.Ini merupakan salah satu cara untuk menyebarkan dakwah  islamiah.


9)KESIMPULAN
Kesimpulannya,kehidupan beliau sebagai seorang muallaf  perlu mengharungi pelbagai onak dan duri.Pembelajaran beliau yang berterusan (tanpa pembelajaran formal tentang islam) dari mana-mana institusi pendidikan menunjukkan semangat juang yang tinggi terhadap kecintaan beliau kepada Allah SWT.Kita sebagai umat islam yang azali perlu mencontohi semangat perjuangan & keistiqamahan beliau.Sekian,wabillahhitaufiqwalhidayah wassalammua’laikum wbt.Sekian.


10)RUJUKAN
     I.            Muhammad Tasneem Chan
    II.            Muhammad Taufik Lee
   III.            Ismail Tan
   IV.            Muhammad Nazri Leong
    V.            Abdul Rahman Lui
   VI.            Rashidi Chew